Bantuan Kewangan Khas (BKK) – Untuk makluman umum, inisiatif Bantuan Kewangan Khas (BKK) yang istimewa ini, merupakan sebahagian daripada bantuan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.
Keluarga yang berkelayakan dan memerlukan boleh menerima bantuan sehingga maksimum RM1000 sebulan melalui program ini.
Pengenalan
Pihak kerajaan, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), telah memperkenalkan Program Bantuan Kanak-Kanak (BKK), sebuah inisiatif bulanan yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat, khususnya mereka yang berada dalam kategori memerlukan.
Program ini, yang masih berlangsung pada tahun ini, diuruskan sepenuhnya oleh JKM dan memberikan keutamaan kepada permohonan dari keluarga atau penjaga kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup.
Insentif bulanan ini juga penting dalam memastikan kelangsungan hidup yang tidak menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia mereka.
Kadar Bantuan Khas Kewangan (BKK)
Kadar bantuan ini telah diatur dengan teliti mengikut kategori yang berbeza untuk memastikan bahawa ia dapat membantu sebaik mungkin mengikut keperluan setiap keluarga.
Jumlah bantuan adalah seperti berikut:
- Rm200 untuk anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 untuk anak 7 hingga 18 tahun
- Bantuan maksimum RM1000 untuk satu keluarga sebulan
Baca Juga :
- Jawatan Kosong Lembaga Peperiksaan Malaysia April 2024
- Permohonan Program Rumah (PPR) 2024 Kini Di Buka
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas Kewangan (BKK)
- Warganegara Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
Cara Memohon
- Permohonan Online
- Mohon terus ke portal E-Bantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Selapas membuat permohonan online perlu menghadirkan diri untuk ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang di pohon dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Kegagalan pemohon akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.
- Permohonan Manual
- Permohonan bantuan kewangan perlu diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan.
- Setiap permohonan akan dijalankan siasata dan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
- Perlu sertakan dokumen sokongan ke Pejabata Kebajikan Masyarakt
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajib Dibawa:
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024 JKM sila layari laman web rasmi – Klik di sini