Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan Sara Hidup RM300 Akan Dikreditkan Setiap Bulan - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

Bantuan Sara Hidup RM300 Akan Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan Sara Hidup RM300 – Pada tahun 2024, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan telah dilaksanakan sebagai salah satu insentif untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan Sara Hidup, yang berjumlah RM300, dikreditkan setiap bulan kepada individu yang layak menerima manfaat ini.

Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat dan memberikan sokongan dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Bantuan Sara Hidup RM300

Pada tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan sebagai tanda keprihatinan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya mereka yang memerlukan.

Antara program yang diperkenalkan adalah Program Bantuan Sara Hidup (BSH), yang merupakan sumbangan kewangan bulanan kepada penerima yang layak.

Program ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), yang bertanggungjawab dalam pengendalian inisiatif istimewa ini untuk sesi tahun ini.

Bantuan Sara Hidup RM300

Baca Juga :

Program Bantuan Sara Hidup (BSH) dirancang dengan tujuan untuk meringankan beban kos sara hidup para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan.

Melalui program ini, pemohon yang memenuhi syarat akan mendapat manfaat daripada bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan yang diberikan secara automatik.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberikan sokongan kepada mereka yang telah berbakti kepada negara dan kini memerlukan bantuan untuk kehidupan seharian mereka.

Syarat – Syarat Bantuan Sara Hidup

Vaterenn ATM :

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (tanpa mengira tempoh khidmat)
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar (Jika cacat kekal, tiada syarat had umur)
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Kadar Bantuan

RM300 Sebuan

Cara Untuk Memohon

  • Pemohon perlu memuat turun borang berikut untuk permohonan
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :