Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Mei 2024

Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Bermula Mei 2024 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan memperkenalkan Akaun 3 yang baru kepada ahli-ahlinya tidak lama lagi,

engan pelaksanaan yang dirancang untuk bermula seawal bulan Mei 2024.

Akaun 3 ini dirancang sebagai akaun fleksibel yang memungkinkan ahli untuk mengeluarkan dana pada bila-bila masa yang mereka perlukan,

berbeza dengan kekangan yang ada pada Akaun 1 dan Akaun 2.

Walaupun pengumuman rasmi belum dibuat, terdapat laporan yang menyatakan bahawa pelaksanaan Akaun 3 ini akan dilaksanakan seawal bulan Mei.

Akaun 3 KWSP Dilaksanakan

Berdasarkan laporan NST, sistem caruman KWSP akan mengalami restrukturisasi dengan pengenalan Akaun 3.

Akaun baru ini dijangka akan bermula dengan baki kosong dan akan menerima 10% daripada caruman bulanan pada masa hadapan.
Bermula bulan Mei, caruman bulanan akan dibahagikan dengan 75% ke Akaun 1, 15% ke Akaun 2,

dan baki 10% ke Akaun 3.

Akaun 1 tetap hanya boleh diakses selepas persaraan, sementara Akaun 2 untuk pendidikan, kesihatan, dan perumahan.

Akaun 3 menawarkan fleksibiliti lebih dengan membolehkan pengeluaran dana pada bila-bila masa, memberikan kebebasan seperti akaun simpanan.

Peratusan Bayaran Akaun 3 KWSP

Akaun 3 KWSP Dilaksanakan

Baca Juga :

Mulai Mei hingga 31 Ogos 2024, semasa fasa pengumpulan, ahli KWSP akan diberikan pilihan untuk menetapkan jumlah permulaan dalam Akaun 3.

Mereka boleh memilih untuk memindahkan dana dari Akaun 2 ke Akaun 3.

Sekiranya ahli tidak mengambil bahagian dalam penentuan jumlah permulaan ini, maka baki dalam Akaun 3 akan dianggap sebagai ‘Kosong’.

Boleh Dipindahkan Ke Akaun Lain Sekiranya Akaun 3 KWSP Dilaksanakan

KWSP dikhabarkan akan membolehkan pencarum untuk meningkatkan pulangan dengan memindahkan dana dari akaun fleksibel ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Ini kerana, Akaun 3 yang merupakan akaun fleksibel, dijangka akan memberikan pulangan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan dividen Akaun 1 dan Akaun 2.

Namun, hingga saat ini, belum ada pengumuman rasmi dari KWSP mengenai pelaksanaan Akaun 3 dan mekanisme pengeluarannya masih belum diketahui.

Pada tahun kewangan 2023, KWSP telah mengumumkan dividen sebanyak 5.5% untuk ahli dengan akaun konvensional dan 5.4% untuk akaun patuh syariah,

dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM57.8 bilion.

Syarat & Kelebihan

KWSP merancang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang bertujuan untuk menarik minat pekerja sektor tidak formal dan memenuhi keperluan tunai kecemasan ahli.

Cadangan ini termasuk pengeluaran mandatori bulanan untuk ahli baru yang lahir pada atau selepas tahun 2010, serta membolehkan ahli sedia ada untuk secara sukarela memindahkan simpanan dari Akaun 1 atau 2.

Menurut Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham, Akaun 3 mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah dan merancang caruman antara 3% hingga 5% yang akan dikreditkan secara automatik.

Saat ini, 70% caruman dana disimpan ke Akaun 1 dan baki 30% ke Akaun 2, dengan rakyat Malaysia berusia 14 tahun sudah boleh membuka akaun KWSP.

Akaun 3 KWSP Dilaksanakan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :