Bantuan Tambahan RM1000 Untuk Penerima STR 2024

Bantuan Tambahan RM1000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini mendapatkan secara one-off.

Inisiatif khas ini, yang merupakan sebahagian daripada insentif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Maklumat lanjut mengenai cara untuk menuntut bantuan ini untuk makluman umum.

Bantuan Tambahan RM1000

Pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada penerima STR, telah meluluskan pemberian insentif tambahan untuk tahun ini.

Inisiatif ini, yang dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK), adalah program istimewa yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bersama Bank Simpanan Nasional.

SKK ini dirancang untuk memberikan manfaat kepada penerima STR atau pasangan mereka yang meninggal dunia, dengan menyediakan insentif sebanyak RM1000 yang boleh dituntut untuk meringankan beban kewangan akibat musibah kematian.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap penerima STR untuk mengetahui tentang skim ini, kerana ia dapat memberikan bantuan yang signifikan dalam masa yang sukar.

Syarat Menerima Bantuan Tambahan RM1000

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR yang berstatus lulus
  • Warga emas yang tiada pasangan
  • Kategori isi rumah
  • Meninggal dunia dari tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2024

Bantuan Tambahan RM1000

Baca Juga :

Siapakah Yang Boleh Membuat Tuntutan?

  • Pasangan si mati
  • Pewaris yang telah didaftarkan seperti :
    • Ibu
    • Bapa
    • Adik-beradik
    • Pasangan
    • Anak
    • Cucu
Nota : Pewaris yang berumur di bawah 17 tahun perlukan bukti pertaian darah seperti kad pengenalan disertakan semasa tuntutan.

Cara Memohon Bantuan Tambahan SKK

  1. Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
  2. Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
    • Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
    • Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
    • Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Bantuan Tambahan SKK, sila layari laman web rasmi – Klik di sini