Elaun SSPA 2024 : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan

Elaun SSPA 2024 : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024.

Semua penjawat awam mempunyai pilihan untuk kekal dengan SSM atau beralih ke SSPA.

Tempoh pilihan ini adalah selama 40 hari, bermula dari 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024.

Pengenalan Elaun SSPA 2024

Di Malaysia, Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan sistem yang digunakan untuk mengurus dan memproses informasi berkaitan dengan gaji, elaun, dan manfaat bagi penjawat awam.

Elaun SSPA adalah salah satu insentif yang diberikan untuk meningkatkan motivasi dan kesejahteraan mereka dalam menjalankan tugas.

Tujuan utama SSPA adalah untuk memastikan pengiraan saraan yang akurat, mempermudah pengurusan data, dan meningkatkan efisiensi pengelolaan sumber manusia di sektor awam.

Sistem ini juga memainkan peranan penting dalam pelaporan dan analisis data perkhidmatan awam, yang membantu dalam pembuatan keputusan dan peningkatan kebijakan perkhidmatan awam.

Prinsip Pemberian

Prinsip tidak sejagat (non-universal) 

Pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu adalah dibenarkan, berdasarkan keunikan tugas fungsional yang mereka laksanakan.

Ini merupakan pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan cabaran unik yang dihadapi dalam menjalankan tugas-tugas tersebut.

Elaun tersebut bertujuan untuk memberikan insentif dan penghargaan kepada mereka yang melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kemahiran, pengetahuan, atau risiko yang tertentu.

Prinsip tidak biasa (non-regular)

Elaun akan diberikan hanya dalam keadaan tertentu dan bergantung kepada tugas yang dilaksanakan secara luar biasa.

Ini termasuklah perkhidmatan, kumpulan, atau gred jawatan yang telah menunjukkan prestasi yang melebihi tugas-tugas biasa yang diharapkan daripada mereka.

Kriteria untuk pemberian elaun ini ditetapkan untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima manfaat tambahan ini sebagai penghargaan atas usaha mereka yang cemerlang.

Prinsip tidak kekal (non-permanent)

Elaun yang ditetapkan adalah bersifat sementara dan boleh ditarik balik atau dihentikan pada bila-bila masa, termasuk apabila tempoh kelulusan telah berakhir.

Prinsip kesaksamaan (fairness)

Elaun yang diberikan secara adil dan tidak sepatutnya terhad kepada perkhidmatan, kumpulan, atau gred jawatan tertentu.

Sebaliknya, elaun tersebut haruslah boleh diperluas kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan,

atau gred jawatan lain yang tugasnya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pemberian elaun.

Ini akan menjamin bahawa tiada diskriminasi dalam pemberian elaun dan semua pihak yang layak akan menerima manfaat yang sewajarnya.

Jenis-Jenis Pemberian Elaun SSPA

  1. Elaun tetap yang diberikan mengikut kriteria sara hidup
  2. Elaun yang diberikan mengikut tanggungjawab tambahan
  3. Bayaran insentif yang diberikan adalah berdasarkan dari kelayakn dan penempatan penjawat
  4. Bayaran balik yang diberikan berdasarkan kriteria bayaran balik perbelanjaan

Syarat Umum Kelayakan Elaun SSPA

Berikut dikongsikan syarat kelayakan umum yang perlu di patuhi ;

  1. Cuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji)
  2. Cuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji)
  3. Menghadiri kursus (termasuk cuti belajar bergaji penuh) yang melebihi 92 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, hari Kelepasn Mingguan, dan Hari Kelepasan Am
  4. Cuti Rehat yang melebihi dari 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, hari Kelepasn Mingguan, dan Hari Kelepasan Am
  5. Cuti selain cuti rehat lebih dari 28 hari berturut-turut termausk Hari Rehat Mingguan, hari Kelepasn Mingguan, dan Hari Kelepasan Am
  6. Gabungan mana-mana cuti yang melebihi 28 hari berturt-turut termausk Hari Rehat Mingguan, hari Kelepasn Mingguan, dan Hari Kelepasan Am
  7. Melaksanakan tugas rasmi selain daripada tugas utama ayas arahan Ketua Jabatan yang berlangsung melebihi 92 hari bertutut-turut.

Elaun SSPA 2024

Elaun SSPA 2024

Baca Juga:

Cara Pembayaran

Pembayaran elaun SSPA ditentukan berdasarkan kelayakan pegawai yang merangkumi gred, skim perkhidmatan, dan tempoh masa kerja sama ada secara jam, harian, atau bulanan.

Juga, bilangan operasi yang dilakukan atau kriteria pengiraan lain yang telah ditetapkan turut mempengaruhi jumlah elaun.

Tanggungjawab pengurusan pembayaran elaun ini terletak pada jabatan di mana pegawai tersebut bertugas.

Sekiranya pembayaran elaun tidak diselesaikan oleh jabatan asal sebelum pegawai tersebut bertukar ke jabatan baru, maka jabatan asal wajib menyelesaikan pembayaran elaun untuk tempoh berkenaan.

Maklumat Lanjut