Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diberikan Mac ini kepada murid Tahun 1 sebanyak RM150 kepada setiap murid.

BAP adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan. Ia akan di bayar kepada pelajar melalui sekolah masing-masing, sama ada secara tunai atau di kerditkan ke akaun.

Program ini telah diperuntukkan sebanyak RM788.13 juta dalam Belanjawan 2024 oleh Kementerian Pendidikan. Peruntukan ini khusus untuk pelajar sekolah.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Baca Juga:

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024

Bantuan BAP ialah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2012 untuk mengurangkan kos persekolahan yang tinggi. Ia memberikan sumbangan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, khususnya mereka yang berpendapatan RM3,000 atau kurang.

Belanjawan 2023 telah membawa perubahan besar kepada skim ini dengan mengumumkan bahawa semua pelajar akan menerima bantuan persekolahan tanpa mengira pendapatan keluarga. Ini adalah langkah yang bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan di negara ini.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid dan akan di bayar secara one-off (sekali bayar).

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

  • Murid mestilah Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengan Sesi Persekolahan 2023/2024
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama Rakyat/Negeri
    • Sekolah Swasta yang berdaftar dengan kerajaan (kecuali sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat)
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
    • Maktab Rendah Sains MARA
    • Maktab Tentera Diraja

Pengagihan Bantuan

BAP diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini melibatkan penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah melalui Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bergantung kepada status akaun sekolah.

BAP akan diagihkan secara tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk – DI SINI.