KWSP : Cara Pengiraan Jumlah Pengeluaran Melalui Akaun 3

KWSP : Cara Pengiraan Jumlah Pengeluaran Melalui Akaun 3

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai jumlah pengeluaran dari akaun 2 ke akaun 3.

Jika baki dalam akaun 2 adalah kurang daripada RM1,000, ahli dibenarkan memindahkan keseluruhan jumlah tersebut ke akaun 3.

Bagi baki akaun 2 yang berjumlah RM1,000 hingga RM3,000, pemindahan maksimum yang dibenarkan hanyalah RM1,000.

Untuk baki yang melebihi RM3,000, pembahagian akan dilakukan mengikut contoh yang akan diberikan.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, jumlah baki dalam Akaun 2 adalah RM9,000.

Pembahagian jumlah ini akan dilaksanakan mengikut nisbah yang ditetapkan: RM1,500, iaitu 5/30 daripada jumlah keseluruhan, akan dipindahkan ke Akaun 1.

Sejumlah RM4,500, bersamaan dengan 15/30 daripada jumlah keseluruhan, akan kekal dalam Akaun 2.

Manakala RM3,000, atau 10/30 daripada jumlah keseluruhan, akan dipindahkan ke Akaun 3.

Oleh itu, ahli berhak untuk membuat pengeluaran sebanyak RM3,000 melalui Akaun 3.

Ini memastikan bahawa pembahagian dana dilakukan dengan adil dan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

KWSP : Cara Pengiraan Jumlah

Baca Juga :

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

KWSP akan melaksanakan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun bermula 11 Mei 2024.

Inisiatif ini akan melibatkan penyusunan semula akaun pencarum yang berumur di bawah 55 tahun ke dalam tiga kategori baru: Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.

Tujuan utama penstrukturan ini adalah untuk meningkatkan pengurusan dana persaraan dan memberikan fleksibiliti yang lebih kepada pencarum dalam mengurus simpanan mereka.

Akaun Persaraan akan fokus kepada simpanan jangka panjang untuk persaraan, manakala Akaun Sejahtera bertujuan untuk menjamin kesejahteraan pencarum pada masa hadapan.

Akaun Fleksibel pula membolehkan pencarum mengakses dana mereka dengan lebih mudah untuk keperluan jangka pendek.

Maklumat lanjut mengenai struktur dan faedah akaun-akaun ini boleh didapati di portal rasmi KWSP.

  • Akaun 1 : Akaun Persaraan
  • Akaun 2 : Akaun Sejahtera
  • Akaun 3 : Akaun Flesibel

Dalam pada itu, baki dalam Akaun Persaraan (Akaun 1) dan Akaun Sejahtera (Akaun 2) akan kekal tidak berubah.  Sementara itu, Akaun Fleksibel ( Akaun 3) akan dimulakan dengan baki yang sifar. Ini bermakna, tiada jumlah wang yang akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel pada permulaannya.

Mekanisme Akaun KWSP Fleksibel

Mulai dari tarikh kuat kuasa, caruman baharu yang diterima akan diagihkan mengikut nisbah yang ditetapkan ;

  • 75% ke Akaun Persaraan
  • 15% ke Akaun Sejahtera
  • baki 10% ke Akaun Fleksibel

Akaun Fleksibel ini akan diaktifkan bersamaan dengan pelaksanaan polisi baru ini, di mana caruman yang baru akan terus dikreditkan ke dalamnya.

Pencarum akan mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan simpanan dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa yang dikehendaki, sesuai dengan keperluan mereka.

Ini memberikan fleksibiliti dan kawalan yang lebih kepada pencarum dalam menguruskan dana persaraan mereka.

Pencarum Diberikan Masa Untuk Memindahlan Sebahagian Baki Dari Akaun 2 Ke Akaun 3

Mulai 11 Mei hingga 31 Ogos 2024, pencarum akan mempunyai kesempatan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki mereka dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Ini adalah peluang yang diberikan hanya sekali. Jika pencarum mengambil kesempatan ini, jumlah yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel dan akaun lain akan ditentukan berdasarkan baki dalam Akaun Sejahtera pada hari mereka membuat permohonan.

Sebaliknya, jika pencarum memutuskan untuk tidak menggunakan peluang ini, maka tidak akan ada pindahan yang dilakukan dan baki mereka akan tetap di dalam Akaun Sejahtera.

Cara Memindahkan Sebahagian Baki Dari Akaun 2 Ke Akaun 3

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
  • Lima per tiga puluh (5/30) daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

KWSP : Cara Pengiraan Jumlah

KWSP : Cara Pengiraan Jumlah

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :