STR Isi Rumah Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Isi Rumah Fasa 3 : Pada bulan Ogos ini semakan untuk STR Fasa 3 boleh di buat melalui Portal MySTR. Untuk membantu rakyat kerajaan telah mengambil inisiatif ini sebagai bantuan kewangan yang telah di sediakan dalam Belanjawan 2024.

Portal MySTR dicipta untuk memudahkan proses semakan serta memastikan setiap rakyat yang berhak dapat memastikan bahawa mereka benar-benar layak untuk membuat semakan dengan lebih cepat dan efisien.

STR Isi Rumah

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sebelum ini skim bantuan untuk rakyat adalah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tetapi pada 16 Januari 2023 kerajaan membuat penamaan semula yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hingga kini.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sehingga RM3100 setiap keluarga bergantuk kepada kelayakan setiap ahli keluarga. Bantuan kewangan ini di rancang untuk membantu rakyat terutama rakyat golongan B40.

Selain itu, dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat bagi 8.7 juta yang layak menerima sumbangan ini dengan jumlah sumbangan hampir mencecah RM8 billion.

Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 3

Tepat pembayaran untuk Fasa 3 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

STR Isi Rumah

Baca Juga :

Untuk fasa seterusnya, dalam Belanjawan 2024 pemberian bayaran tambahan akan diberikan kepada golong Miskin Tegar di mana pihak kerajaan akan memberikan sumbangan dalam bentuk bakul makanan dan baucer untuk melengkapkan barangan makanan asas.

Oleh itu, dengan adanya bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

Jumlah Bayaran STR Isi Rumah Fasa 3

Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun:

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

STR Isi Rumah

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut STR Isi Rumah Fasa 3

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/