Skim Perubatan Madani 2024 : Untuk mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan rawatan percuma sepanjang tahun 2023, anda bolehlah mengunjungi klinik swasta dengan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
Skim rawatan percuma ini juga telah dikemaskini pada tahun 2024 untuk mereka yang telah mendapat manfaat daripadanya.
Pengenalan
satu langkah penting yang diambil oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti dan kemampuan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Dengan skim ini, pesakit dapat menikmati rawatan yang lebih murah, mudah dan cekap, tanpa mengira status sosioekonomi mereka.
Kerajaan juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk sektor swasta, masyarakat dan NGO, untuk memastikan sistem kesihatan negara berfungsi dengan baik dan mampan. Selain itu, skim ini juga akan memberi tumpuan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan, dengan mengajak rakyat menjalani gaya hidup sihat dan bertanggungjawab.
Skim Perubatan Madani 2024
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberi manfaat kepada golongan B40 yang menerima STR.
Dengan skim ini, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma di mana-mana klinik GP swasta yang berdaftar tanpa perlu membayar apa-apa. Anda hanya perlu menunjukkan IC anda sahaja.
Skim ini bertujuan untuk mengurangkan kos rawatan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Baca Juga:
- Cara Semakan Kadar Dividen KWSP 2024/2023
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani 2024
- Pesakit luar yang mengalami kes-kes akut boleh mendapatkan rawatan di klinik yang terpilih. Antara kes-kes akut yang ditangani adalah seperti berikut:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Taruma ringan seperti luka dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah seperti berikut:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Jumlah Kos Rawatan Yang Ditanggung
- Isi Rumah berkeluarga – RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
- Bujang
- Berumur 21-59 tahun -RM75
- Berumur 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) – RM75
Syarat Kelayakan Skim Perubatan Madani 2024
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
Cara Semakan Kelayakan
- Laman Web
- Layari Laman Web Rasmi ProtectHealth di https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
- Masukan nombor kad pengenalan
- Klik “Semak”
2. MySejahtera
-
- Membuat semakan melalui aplikasi MySejahtera
- Paparan pada menu utama aplikasi tersebut
Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani
Beberapa klinik yang telah berdaftar di bawah program ini. Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar seperti berikut:
Cara Memohon Skim Perubatan Madani
Langkah-langkah untuk mendapatkan rawatan adalah seperti berikut:
Cara Semakan Baki
Cara-cara adalah seperti berikut:
Tempoh Sah Laku
Bermula pada 15 Jun 2023 dan diteruskan sehingga tahun 2024.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan boleh terus ke Laman Web Rasmi Skim Perubatan MADANI – klik di sini